Banjir Di Kampung 2 & 3 November 2010

Salam sumer...
maaf ye pakcik lambat update blog....
bnyk kejadian berlaku sepanjang minggu ni...
actually seperti yg ramai sedia maklum negeri Kedah dan Perlis telah dilanda banjir minggu lepas..antara kawasan yg terjejas adalah kawasan pakcik ni....

Banjir kali ini adalah antara yg terburuk yg melanda di kawasan pakcik ni...hampir keseluruhan kawasan pekan KN telah ditenggelami air sedalam 0.5 hingga 1.5 meter...kawasan kampung pakcik lak telah terputus jalan perhubungan dgn pekan selama 2 hari...bekalan elektrik pula tiada selama 3 malam berturut2....jalan keluar yg ada hanyalah laluan di dalam kawasan kebun getah  yg mengambil masa hampir 30 minit utk sampai ke pekan berbanding 5 minit saja kebiasaannya...laluan tersebut pula hanya boleh dilalui dgn motosikal saja...so leh bayangkan la betapa teruk keadaan yg berlaku...

jadi di sini pakcik nak share la antara gambar2 yg sempat pakcik ambik semasa banjir melanda kampung pakcik...

 Jalan masuk utama ke kg pakcik naik air separas pinggang di hujung gambar ni

 Jalan kedua utk keluar ke pekan KN pula ditenggelami air separas dada pada hari pertama banjir


 keadaan salah satu rumah mangsa banjir pada hari kedua banjir


Keadaan laluan utama di kg pada hari kedua...air masih diparas pinggang waktu ni


begitulah keadaan banjir di kg pakcik...kalo nak lebih bnyk gambar leh tgok di fb pakcik yer...

ok...jumpa lagi lepas ni...daaaa

p:s / setiap dugaan akan ada hikmah suatu hari nnti

0 comments: