Exam Oh Exam......

Salam Sumer...

haha...tgok tajuk pun dah mengerikan btul x....especially bagi student2 la...
biasa la dah akhir tahun,so mcm2 la exam yg di hadapi...

UPSR dah lepas,PMR pun dah lepas.tinggal SPM,STPM dan final exam bgi student2 IPT..
adik2 pakcik pun pakai2 pecah pale nak hadapi final exam,sorg di T'ganu,sorg di Perlis....haha

x tau la pakcik...yg mampu hanyalah doa agar diorg mampu wat yg terbaik....
zaman pakcik pulun utk exam2 ni dah lepas dah...sekarang diorg meneruskan legasi pecah pala di final...

mesti ada yg tertanya2 apa result pakcik time pakcik study kat IPT dulu...hahaha
trus terang...im not done my best la....banyak terganggu dgn hal2 yg sepatutnya pakcik handle dgn mudah...tpi apakan daya...still mentah lagi waktu tu..but sekarang pakcik sedar silap tu..dan pakcik selalu doa agar adik2 pakcik dan yg lain2 x ikut mcm pakcik ni....

di kesempatan ni biar pakcik share kan doa yg baik utk para pelajar yg bakal hadapi peperiksaan

Doa Semasa Mengulangkaji Pelajaran


(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"


Doa Sebelum Masuk Dewan Peperiksaan
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)


Doa Sewaktu Lupa Semasa Menjawab Peperiksaan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa Memohon Kejayaan Cemerlang





(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh



Amin....Ya Rabbal Alamin...moga doa2 ini dapat dijadikan sebagai medium utk kita memohon padaNya selepas kita penat berusaha study bersungguh-sungguh
ok...

P/s Pakcik.:cam nak belajar semula ja...nak tebus kesilapan lama

0 comments: