Al - Fatihah Buat Arwah Shamrin Fotograf & Daud Ibrahim

Salam...



Hari ini dan kelmarin kita telah dikejutkan dengan pemergian 2 org yg agak terkenal dalam bidang masing2...salah sorg daripadanya ialah penyanyi Shamrin dari kumpulan Fotograf dan seorang lagi adalah lagenda sukan berbasikal negara tahun 70-an Daud Ibrahim....

Arwah Daud Ibrahim meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya apabila kereta dipandunya dirempuh treler,manakala Arwah Shamrin Fotograf pula meninggal dunia selepas terjatuh dan pengsan ketika bermain bola sepak....

Arwah Daud Ibrahim pernah meninggalkan impak besar dalam dunia berbasikal negara apabila merangkul pingat dalam Sukan Seap & Sukan Asia serta pernah menjadi jurulatih pasukan berbasikal negara...Arwah Shamrin pula adalah penyanyi kumpulan rock "FOTOGRAF"  yg terkenal dgn lagu Di Alam Fana Cintamu,Luka Seribu Rindu,Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal dll....

Moga roh kedua2 insan ini dicucuri rahmat dan diringankan azab kubur...maka sama2 kita ingat hidup ni x panjang....kalo ada masa terluang sedekahkan Al-Fatihah atau Surah Yassin utk arwah2 yg kita ingat dan memohon agar hidup dan mati kita sebagai orang Islam yg beriman di sisi Allah SWT...

Salam...jumpa lagi

P:s/  Pakcik terkenang arwah2 yg pernah pakcik kenal sepanjang hidup......

0 comments: