Short entry: Happy Besday!!!!!

Selamat Hari Jadi...

hari jadi sapa ek?

yg keberapa?

hahaha...xperlu la pakcik nak ulas lebih lanjut...yg penting meh kita makan kek coklat pemberian tuan punya hari jadi hari ni...hehehe


Sedapnya kek...alahai.....

Baru Mau Balik Dari Kerja..

Salam...
huhu..
pakcik baru je nak balik ke rumah setelah seharian bergelumang dengan kerja...
cuaca di luar pula hujan,nak x nak kena la pakcik redahi juga....

apa2pun semoga semuanya gembira hari ni...
pakcik mcm biasa saja....hidup pakcik straight jer...xde simpang sior...

ok la...selamat mlm yer...kita tunggukan kalo2 ada entry dari makcik nanti...lalala...

ok,daaa.salam...

Ps: rindu dah terubat bila dpt msj2 dgn makcik tadi....

Short Entry At The Late Nite......

Merindu.......

Merindui siapa?
hanya pakcik yg tahu...
tapi pakcik cuma nak nyatakan pacik tengah merinduinya skrg....
thanks 4 everything...

ps: namunku x bisa memaksa dirimu,walau dalam tidur,ku kan emnantimu,hingga akhirnanti

Gelanggang Raja Lawak Astro Musim Kelima Minggu 1


haha...
akhirnya sudah kuar pun download link utk Gelanggang Raja Lawak Musim Kelima Minggu Pertama....

Korg nak donlod?meh pakcik zul kasi link kat korg ek...btw...thanks to TEAMARYSZ atas link download ni...

layan gelak....

http://www.mediafire.com/?b7utzcr3zqlve6q
http://www.mediafire.com/?6196u9dd3yn3zhv
http://www.mediafire.com/?4roymwnqr2zgqsr
http://www.mediafire.com/?iqrv7wuskx8xqj9

ok...selamat mendonlod,......daaaaa

Barisan Pemain2 Skuad Kedah 2011+ Jersi Skuad Kedah 2011


Salam....
Baru2 ni diadakan majlis memperkenalkan pemain2 Kedah utk saingan Liga Super 2011 berserta jersi pasukan Kedah 2011 yg berlangsung di Alor Setar...

Ini adalah senarai 19 pemain yg bakal mewakili Kedah bagi saingan Liga Malaysia 2011

1. mohd helmi eliza
2. abdul hadi abd hamid
3. mohd al-hafiz hamzah
4. mohd shahril faizal
5. shafizan hashim
6. mohd fauzie nan
7. mohd azmi muslim
8. khairul helmi johari
9. mohd fazliata taib
10. mohd sabre mat abu
11. thirumurugan veeran
12. amar rohidan
13. baddrol bakhtiar
14. ahmad fauzi shaari
15. ahmad shakir md ali
16. azlan ismail
17. khyril muhymeen
18. mohd faizal abu bakar
19. mohd firdaus m. faudzi

3 pemain baru dibawa masuk utk memperkuatkan pasukan iaitu Fauzi Nan dan Amar Rohidan(Perlis) serta Firdaus Fauzi (Terengganu)..Ketiga2 pemain ni pernah beraksi bersama dalam pasukan perlis pada saingan  musim 2009. Fauzi Nan pernah mencipta nama dengan Kedah sekitar 2003-2004.manakala Firdaus Fauzi adalah bekas pemain skuad predisen kedah dan pasukan Kuala Muda Naza.

Jersi Home Kedah Tahun 2011

Jersi Away Kedah 2011

Jersi Utama Skuad Piala Presiden Kedah/3rd Kit Kedah 2011

Pemain2 baru Kedah dari kiri: Fauzi Nan,Amar Rohidan, Firdaus Fauzi

Pemain2 baru Kedah bersama Jersi baru utk 2011

Barisan Pemain2 Liga Super Kedah 2011

Pihak pengurusan Kedah menetapkan sasaran utk pasukan Kedah meraih kembali 3 piala sepertimana pada tahun 2007&2008...tapi bagi pakcik,pakcik menetapkan sekurang2nya 1 kejuaraan mesti diraih dengan barisan player berpengalaman dan muda yg dimiliki...

Jersi baru pada tahun ini bagi pakcik sangat 'old skool'..haha...jersi Kedah tidak dapat lari dengan 'V pattern' di bahagian depan jersi..dan ' V pattern' pada jersi Kedah tahun ni menyerupai design jersi kedah pada awal 1990-an....ketika itu zaman Peter Neketien,Olimunbi Adigun,Radhi Mat Din dan Nizam Adha mencipta nama dengan skuad Kedah....

hehe..moga skuad Kedah tahun ni mampu menjadi pencabar terkuat dalam Liga Malaysia...

PULUN KEDAH PULUN..

credit to fb hijaukuning.com,kenari fans skuad dan HKC


P/s: pakcik bangga ic pakcik 02...hehehe

Entry Lap Habuk 1 : Disember Bulan Kegemilangan Bola Sepak Malaysia(UPDATED)







Salam...
Maka bermulalah entry mencuci habuk dan sawang di blog ni sepanjang Disember lalu....
entry ni mybe berkait dgn lagu Linkin Park dlm 1st album kalo x silap...MY DECEMBER...
disember 2010 membawa satu makna yg besar wat segelintir peminat2 tegar pasukan bolasepak kebangsaan apabila kita berjaya memenangi Piala AFF Suzuki.....

Pakcik sendiri x menyangka 'depleted squad' yg dirundung masalah kecederaan hampi 10 pemain2 utama pilihan coach Rajagopal dpt memenangi Piala AFF ni..pelan jangka panjang coach Raja dapat direalisasikan lebih awal...

Dengan kekalahan di perlawanan pertama,tewas besar 5-1 kepada pasukan serantau Indonesia seolah2 memberi petanda bahawa pasukan Malaysia bakal pulang awal...namun kejayaan kita mengikat Thailand utk seri dan menang ke atas Laos 5-1 melayakkan Malaysia utk mara ke separuh akhir menentang Vietnam.

Vietnam seperti mana yg diketahui juara Piala AFF edisi lalu tampil dengan hasrat mematikan langkah Malaysia di separuh akhir pertama di Bukit Jalil...tapi lebih 70k penyokong di stadium dan jutaan lagi yg menonton di TV bersorak riang apabila Malaysia menewaskan Vietnam 2-0 jaringan Safee Sali dan dibantu oleh kesilapan penjaga gol vietnam yg pakcik tgok muka mcm baru bangkit tido trus jaga pintu gol...hahaha..

Di separuh akhir kedua Malaysia di asak dari minit awal sehingga ke penamat namun hasil usaha keras sepasukan terutamanya back four dan goalie telah membawa Malaysia masuk ke pusingan akhir menentang sekali lagi Indonesia......

Menentang Indonesia di peringkat akhir telah mencetus perang siber dan macam2 lagi antara penyokong dan media kedua2 pihak...tapi bagi pakcik biasa la tu asam garam dunia  bolasepak ni....akhirnya kita berjaya menewaskan Indonesia 3-1 di Bukit Jalil dan tewas 2-1 di Gelora Bung Karno.namun kita berjaya dengan agregat 4-2 sekaligus mengangkat Malaysia sebagai juara baru Piala AFF setelah 14 tahun mencuba...


Ok dah celoteh panjang ttg review perjalanan skuad Malaysia kali ni dlm Piala AFF...Sekarang Pakcik nak review pulak ttg kesemua wira2 Malaysia yg berjuang di dalam pertandingan tersebut...


22.Khairul Fahmi Che Mat

Salah 1 watak penting bagi pasukan Malaysia sepanjang kejohanan ni berlangsung...Mula turun menggantikan Sharbinee Allawee Ramli pada pertemuan menentang Thailand,dia menunjukkan prestasi cemerlang di gawang bagi mengelakkan pihak lawan menghasilkan jaringan..hanya melepaskan 3 gol sepanjang kejohanan..kelebihan yg ada pada beliau adalah positioning dan keyakinan dalam mengekang asakan lawan.Bakal menjadi sandaran skuad kebangsaan dan bawah 23 utk kejohanan2 yg akan datang...

Rating Pakcik:4/5


28. Mohd Sharbinee Allawee Ramli

Pemain pasukan Terengganu ni hanya diturunkan dalam perlawanan pertama saja ketika Malaysia tewas 5-1 kepada Indonesia.beliau sebenarnya baru pulih dari kecederaan pada perlawanan itu dan ini mungkin sedikit sebanyak menjejaskan persembahan beliau ketika menentang Indonesia....zaman kecemerlangan beliau adalah ketika Sukan Sea 2009 di mana beliau memainkan peranan besar utk Malaysia merangkul pingat emas Sukan Sea...mempunyai refleks yg bagus utk menepis bola2 yg 'sure goal'..perlu bersaing utk mendapat kembali kesebelasan utama Malaysia dengan adanya goalie yg lain seperti Khairul Fahmi dan Farizal Marlias

Rating Pakcik: 2.5/5


24. Mohamad Muslim Ahmad

Pemain Harimau Muda A ni bagi pakcik adalah tunjang skuad Malaysia pada kejohanan ni...walaupun melakukan beberapa kesilapan pada perlawanan pertama,tetapi beliau meningkat dari 1 game ke satu game....Muslim bakal menjadi salah seorang pemain pertahanan yg bakal disegani suatu hari nnti...

Rating Pakcik: 4.5/5



27. MOHAMAD FADHLI SHAS


Fadhli Shas adalah player paling muda dalam skuad Piala AFF tahun ni...dengan usia bakal menjangkau 20 tahun,beliau telah menunjukkan kombinasi yg baik dgn Muslim Ahmad sebagai rakan gandingan di bek tengah. Mempunyai 'reading game movement ' yg baik, Fadhli Shas menjadi guide di bahagian defend ketika menerima asakan pihak lawan... Pakcik rasa satu masa nanti beliau akan jadi lebih matang dan boleh menjadi pertahanan yg baik.


Rating Pakcik : 3.5/5




18. Mahali Jasuli


Seorang lagi pemain skuad Harimau Muda A yg bermain di posisi pertahanan kanan...mula disenaraikan dalam skuad utama apabila beraksi di sukan asia Guangzhou sebelum menjadi regular player ketika di Piala AFF....kelebihan fizikal yg baik digunakan sepenuhnya coach Raja utk bertindak di bahagian pertahanan tengah...walaupun masih cetek pengalaman,namun keazaman  dan kemahuan utk lebih maju dapat meningkatkan lagi prestasi beliau di masa hadapan...


Rating Pakcik : 3.5/5




4. Mohd Asrarudin Putra Omar


Bermain di posisi bek kiri dan salah seorang player senior dalam skuad Piala AFF Malaysia,pemain Selangor ini dianggap sebagai lubuk pada perlawanan awal menentang Indonesia dengan beberapa kesalahan individu yg menyebabkan Malaysia tewas 5-1...namun beliau mula memperbaiki kesilapan2 yg dilakukan pada 1st game dan selepas itu mula menunjukkan prestasi yg semakin baik....walaupun kurang dari segi individual skill,namun teamwork beliau bolehlah diberi pujian...


Rating : 3/5




12. Amar Rohidan


Bekas pemain Perlis yang bakal menyarung jersi Kedah pada musim 2011 ni mula mendapat tempat dalam skuad utama pada Sukan Asia...beliau yg beraksi di posisi defensive midfielder bolehlah dianggap sebagai 'unsung hero' bagi skuad Malaysia...menjadi ' 1st layer' utk dilepasi sebelum menembusi 'back 4' Malaysia,Amar menjalankan tugasnya dengan baik utk menahan asakan pemain lawan dengan 'work rate' yang tinggi di samping mengedar bola ke bahagian sayap utk menjana serangan...cuma Amar perlu perbaiki kemahiran dalam situasi 'second ball' ketika 'set pieces' utk memberi peluang pada pasukan menambah jaringan


Rating Pakcik : 4/5


8. Safiq Rahim


Pemain tengah selangor ini menjadi salah seorang pemain yg beraksi pada setiap perlawanan(rasa2 pakcik dia main full time pada semua game,perbetulkan kalo silap ye).Bertindak sebagai playmaker, Safiq dilihat mampu menjadi penjana serangan yg baik dengan keharian individu yg dimiliki...namun Safiq perlu memantapkan basic football seperti passing dll utk menjadi lebih baik selepas ni...


Rating Pakcik : 4.5/5



Cuci Habuk Dan Sawang...

Salam Semua...
Fuh berdebu btoi blog ni...naik sawang dah....
buat pengikut blog ni,i'm sorry...dekat sebulan lebih pakcik x update...bukan apa...disember lepas pakcik cuti...rest di samping keluarga tersayang di samping beberapa perkara menarik yg terjadi...apa2pun pakcik akan kupas perkara2 tu dalam entry2 berikutnya....hehe

semoga semuanya sehat wal'afiat hendaknya....SELAMAT TAHUN BARU 2011...Moga tahun ni membawa seribu satu kegembiraan dan keceriaan pada semua makhluk di bumi....