Perihal Kasut Bola...

Salam semua..
Minggu ni pakcik kurang sehat sket.cuaca di area pakcik ni kejap panas kejap hujan,then effect la kat pakcik yg dah 2 hari demam kat sini.tapi Alhamdulillah masih mampu utk berberak dan menjalankan kerja seperti biasa.

baiklah,pakcik bukan nak crita pasal demam ni,tapi pakcik nak crita pasai kasut bola.bagi yg mula2 berjinak dgn permainan bola semestinya nak pakai kasut yg smart2 utk main bola ni..skrg ni boleh dikatakan budak2 pun pakai kasut bola yg branded2 mcm nike,adidas,dll..tapi kalo kita kalih ke zaman 90 an,dapat kasut jenama Topper dah boleh megah 1 kampung..

CONTOH BOOT TOPPER YG ADA DI PASARAN DULU

Dan antara boot yg menjadi trend setter seluruh dunia sehingga kini adalah boot jenama adidas COPA MUNDIAL...pakcik pun x sure tahun bila but ni start digunapakai namun adidas COPA MUNDIAL ni menjadi pilihan kebanyakan player2 bola antarabangsa,skuad kebangsaan,negeri serta kelab,sehinggalah ke liga2 kampung seluruh dunia...harganya pun masih maintain dlm rm400-rm500 utk grade A kasut ni....

THE LEGEND ADIDAS COPA MUNDIAL

Jenama Adidas,Puma,Diadora,Lotto Umbro dan Topper menjadi kemestian bagi player2 bola pada zaman dahulu sehinggalah jenama Nike mula memasuki pasaran kasut bola ni pada penghujung tahun 90an.Lebih tepatnya pada tahun 1998,Piala Dunia Perancis yg menyaksikan kasut bola pertama keluaran Nike,Mercurial.Nike Mercurial ni memecah rekod dalam pembuatan kasut bola dengan penghasilan kasut bola paling ringan ketika itu iaitu seberat 200g sahaja...

KASUT BOLA PALING RINGAN 1998,NIKE MERCURIAL

Selepas dari kemunculan Nike Mercurial ni,hampir kesemua jenama kasut bola berebut2 menghasilkan kasut bola yg lebih ringan.Namun ada sesetengah jenama tidak mempunyai dana yg banyak utk melakukan R&D dalam bidang ni lantas mereka ketinggalan jauh dalam penghasilan kasut bola yg lebih elok.Dan kesudahannya banyak syarikat2 ni yg stop pengeluaran kasut bola atau joint venture dgn pengeluar2 kasut bola lain utk trus berada dalam industri kasut bola ni...sekarang ni yg masih kekal dalam pasaran kasut bola adalah seperti Nike,Adidas,Lotto,Puma dan Umbro manakala jenama lain seperti Topper dan Diadora sudah tinggal sejarah.

Terdapat 3 jenis kasut bola yang ada dalam pasaran iaitu FIRM GROUND(FG),SOFT GROUND(SG) dan HARD GROUND(HG).Kasut bola FG ni dipakai semasa bermain dalam cuaca panas di padang yang mempunyai permukaan yg agak keras.Stud utk kasut FG ni lebih banyak berbanding dgn SG dan HG,kerana ia memberikan kestabilan kepada pemakai.


ADIDAS ADIPURE III FIRM GROUND

Kasut Bola SG pula dipakai pada permukaan padang yg lebut serta pada musim sejuk mahupun hujan.bilangan stud pada kasut SG ni adalah paling sedikit berbanding jenis FG ataupun HG.dan kebanyakan stud pada kasut ini boleh dilaraskan mengikut kesesuaian pemakai bagi mengelakkan risiko kecederaan.

PUMA V1-08 SOFT GROUND

Dan bagi kasut bola HG pula dipakai pada padang astroturf  tiruan yang mempunyai permukaan yg keras.Ia x sesuai dipakai pada padang berumput biasa kerana ia tidak memberikan kestabilan dan grip yg cukup pada permukaan padang.kasut ini mempunyai bilangan stud getah kecil yg banyak bagi menambahkan cengkaman.

UMBRO PRO GT HARD GROUND

Begitulah serba sedikit perihal tentang jenis2 kasut bola yg ada dlm pasaran.skrg pakcik nak tunjuk pula cara pembuatan kasut bola ni.Kebanyakan player2 bertaraf antarabangsa mendapat kasut yg mmg direka khas utk mereka.Kasut mereka pula banyak yg dibuat secara Hand-Made dengan dibantu mesin mekanikal serta mengikut saiz dan bentuk kaki player itu sendiri...alangkah beruntungnya depa no..mai kita layan beberapa video yg memaparkan kasut2 bola ni direka dan dibuat


















Haa..macam tulah kasut bola ni dibuat,procedure yg agak rumit utk setiap pasang kasut,sebab tulah harga kasut bola grade A mencapai ke rm 1000 sepasang...

oklah.dah panjang pakcik share hari ni...harap2 suma dapat la sedikit info yer...salam,jumpa lagi nanti!!