Darah Manis Khairul Fahmi & Aimie Tak Lama...


Salam semua...
haha.inilah tajuk paper yang paling suka korek crita2 sensasi dalam Malaysia ni.METRO AHAD yg memaparkan kisah penjaga gol bolasepak Malaysia,Khairul Fahmi Che Mat yg memutuskan tali pertunangan dengan Aimie Harmelia,blogger jejariruncing.blogspot.com.

Pakcik xnak ulas sgt hal ni lebih mendalam sebab dalam hal ni pihak Khairul Fahmi dah buat penjelasan,mybe selepas ni akan ada penjelasan balas dari pihak Aimie.tapi apa yg penting jadikan apa yang berlaku ni sebagai satu pengajaran...baik Khairul Fahmi mahupun Aimie masih lagi muda,pasti akan berlaku salah dan silap dalam perhubungan..Pakcik lihat mybe bnda ni jadi bila sesuatu khabar angin yg kecik menjadi besar dan tidak diselesaikan dengan cara yang baik..di pihak Aimie sepatutnya kena siasat dulu apa kesahihan sesuatu khabar angin tu..kalo betul2 nampak depan mata baru serang.Di pihak Khairul Fahmi pula perlu tenang hadapi apa yg berlaku..sekiranya gosip liar itu tak benar maka dia x perlu takut dan keputusan akhir ada di tangan beliau sebab ini melibatkan masa depan selepas mereka mendirikan rumah tangga nanti...walau apapun keputusan yg diambil Khairul Fahmi,Pakcik harap ianya xkan menjejaskan prestasi anda sebagai pemain negara juga negeri Kelantan.

Benar kata orang.hidup menjadi tunangan ni cukup mencabar..macam2 dugaan yang bakal ditempuh dan jika xda kepercayaan kedua2 pihak pasti sukar nak kontrol hubungan tu...Pakcik masih bernada positif sekiranya benar jodoh Khairul Fahmi dan Aimie ni berpanjangan,maka diorg tetap bakal menjadi pasangan yang sah suatu hari nanti.Pakcik doakan yang terbaik buat kalian...

Kadang2 pakcik terfikir nilah pengorbanan yang harus dilakukan bila kita menjadi personaliti terkenal,segala privacy kita susah nak control,pasti ada pihak2 yg tak senang yg akan rosakkan apa yg kita rancang.jadi kena lebih bersedia la kalo nak jadi terkenal ni..nasib baiklah pakcik ni x terkenal mana...hensem pun kalah jauh dari Khairul Fahmi tu...hehehe.tapi pakcik bersyukur masih ada insan yang mampu menerima dan menyayangi Pakcik seadanya diri pakcik ni...dan InsyaAllah kami bakal bertunang setelah selesai 'si dia' menunaikan impian ibu bapanya setahun dua lagi...

akhir kalam,sehingga kita jumpa lagi...hari ni bnyak benda nak crita...excited..hehe.Salam

Nota Ibu Jari: Darah Manis,Darah Manis...

Doaku Untukmu Sayang




Kau mau apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi

Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti

Tahukah kamu apa yang ku pinta
Disetiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi

Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti

(Tuhan tolong aku, juga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi

Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti

Perihal Kasut Bola...

Salam semua..
Minggu ni pakcik kurang sehat sket.cuaca di area pakcik ni kejap panas kejap hujan,then effect la kat pakcik yg dah 2 hari demam kat sini.tapi Alhamdulillah masih mampu utk berberak dan menjalankan kerja seperti biasa.

baiklah,pakcik bukan nak crita pasal demam ni,tapi pakcik nak crita pasai kasut bola.bagi yg mula2 berjinak dgn permainan bola semestinya nak pakai kasut yg smart2 utk main bola ni..skrg ni boleh dikatakan budak2 pun pakai kasut bola yg branded2 mcm nike,adidas,dll..tapi kalo kita kalih ke zaman 90 an,dapat kasut jenama Topper dah boleh megah 1 kampung..

CONTOH BOOT TOPPER YG ADA DI PASARAN DULU

Dan antara boot yg menjadi trend setter seluruh dunia sehingga kini adalah boot jenama adidas COPA MUNDIAL...pakcik pun x sure tahun bila but ni start digunapakai namun adidas COPA MUNDIAL ni menjadi pilihan kebanyakan player2 bola antarabangsa,skuad kebangsaan,negeri serta kelab,sehinggalah ke liga2 kampung seluruh dunia...harganya pun masih maintain dlm rm400-rm500 utk grade A kasut ni....

THE LEGEND ADIDAS COPA MUNDIAL

Jenama Adidas,Puma,Diadora,Lotto Umbro dan Topper menjadi kemestian bagi player2 bola pada zaman dahulu sehinggalah jenama Nike mula memasuki pasaran kasut bola ni pada penghujung tahun 90an.Lebih tepatnya pada tahun 1998,Piala Dunia Perancis yg menyaksikan kasut bola pertama keluaran Nike,Mercurial.Nike Mercurial ni memecah rekod dalam pembuatan kasut bola dengan penghasilan kasut bola paling ringan ketika itu iaitu seberat 200g sahaja...

KASUT BOLA PALING RINGAN 1998,NIKE MERCURIAL

Selepas dari kemunculan Nike Mercurial ni,hampir kesemua jenama kasut bola berebut2 menghasilkan kasut bola yg lebih ringan.Namun ada sesetengah jenama tidak mempunyai dana yg banyak utk melakukan R&D dalam bidang ni lantas mereka ketinggalan jauh dalam penghasilan kasut bola yg lebih elok.Dan kesudahannya banyak syarikat2 ni yg stop pengeluaran kasut bola atau joint venture dgn pengeluar2 kasut bola lain utk trus berada dalam industri kasut bola ni...sekarang ni yg masih kekal dalam pasaran kasut bola adalah seperti Nike,Adidas,Lotto,Puma dan Umbro manakala jenama lain seperti Topper dan Diadora sudah tinggal sejarah.

Terdapat 3 jenis kasut bola yang ada dalam pasaran iaitu FIRM GROUND(FG),SOFT GROUND(SG) dan HARD GROUND(HG).Kasut bola FG ni dipakai semasa bermain dalam cuaca panas di padang yang mempunyai permukaan yg agak keras.Stud utk kasut FG ni lebih banyak berbanding dgn SG dan HG,kerana ia memberikan kestabilan kepada pemakai.


ADIDAS ADIPURE III FIRM GROUND

Kasut Bola SG pula dipakai pada permukaan padang yg lebut serta pada musim sejuk mahupun hujan.bilangan stud pada kasut SG ni adalah paling sedikit berbanding jenis FG ataupun HG.dan kebanyakan stud pada kasut ini boleh dilaraskan mengikut kesesuaian pemakai bagi mengelakkan risiko kecederaan.

PUMA V1-08 SOFT GROUND

Dan bagi kasut bola HG pula dipakai pada padang astroturf  tiruan yang mempunyai permukaan yg keras.Ia x sesuai dipakai pada padang berumput biasa kerana ia tidak memberikan kestabilan dan grip yg cukup pada permukaan padang.kasut ini mempunyai bilangan stud getah kecil yg banyak bagi menambahkan cengkaman.

UMBRO PRO GT HARD GROUND

Begitulah serba sedikit perihal tentang jenis2 kasut bola yg ada dlm pasaran.skrg pakcik nak tunjuk pula cara pembuatan kasut bola ni.Kebanyakan player2 bertaraf antarabangsa mendapat kasut yg mmg direka khas utk mereka.Kasut mereka pula banyak yg dibuat secara Hand-Made dengan dibantu mesin mekanikal serta mengikut saiz dan bentuk kaki player itu sendiri...alangkah beruntungnya depa no..mai kita layan beberapa video yg memaparkan kasut2 bola ni direka dan dibuat


















Haa..macam tulah kasut bola ni dibuat,procedure yg agak rumit utk setiap pasang kasut,sebab tulah harga kasut bola grade A mencapai ke rm 1000 sepasang...

oklah.dah panjang pakcik share hari ni...harap2 suma dapat la sedikit info yer...salam,jumpa lagi nanti!!

Food Journey Ep 1: Radix Chicken House

Salam Semua...

Bertemu lagi setelah seminggu x update..haha..kali ni pakcik nak crita pasal makan sebab tgh berada dlm mood kekenyangan ni...al maklumlah,baru lepas lunch...

selalunya kalo nak makan pakcik x memilih sgt gerai atau restoran mana,asalkn makanan tu dpt mengenyangkan pakcik cukuplah...dan biasala sometimes selera kita berubah dari makanan tradisi org melayu ke makanan barat ataupun yg fast food....jadi entry kali ni pakcik nak crita salah 1 fast food yg selalu pakcik kunjungi semasa kerja di Perlis dulu...iaitu RADIX CHICKEN HOUSE( RCH )

RCH ni adalah anak syarikat HPA yg terkenal dgn produk kopi premix RADIX yg menjadi kemestian bagi pengunjung2 gerai makan.berpusat di perlis,HPA marketing ni ada bukak beberapa cawangan fast food seperti RCH dan RFC(RADIX FRIED CHICKEN)..kalo x silap pakcik cawangan RFC dan RCH ni ada kot dlm 20-30 di seluruh negara.keistimewaan RCH dan RFC ni adalah ayam organik yg digunakan dalam penyediaan menu ayam mereka...di RFC kebanyakan menunya adalah sama seperti di KFC iaitu set ayam goreng+coleslaw+whip potato dll.manakala di RCH pula menampilkan menu2 seperti Ayam Golek dan Ayam Panggang,Sate Ayam,Nasi Ayam serta chicken chop selain menu ayam goreng....

pakcik kalo dtg ke RCH ni pakcik akan order set ayam panggang ataupun set Chicken Chop yg boleh dikategorikan sedap..

SET CHICKEN CHOP RCH+MANGO JUICE RADIX=RM 9.90
RADIX MANGO JUICE

rasanya portion chicken chop tu adalah standard size mcm di tempat2 lain yg sediakan menu ni..cuma yg agak best adalah black pepper sauce yg betul2 memenuhi citarasa pakcik yg sukakan pedas.mmg terbaik la..lagipun sos keluaran HPA ni pun kiranya boleh tahan setaraf dgn sos2 lain yg famous di rak2 supermarket.

SOS2 KELUARAN HPA.

haha..kalo nak compare dari segi ayam goreng pula rasanya masih kureng sket berbanding brand international lain mcm KFC,McD atau Marry Brown.tapi bagi pakcik ayam KFC pun x cukup kick utk kalahkan my top list on FRIED CHICKEN IN FAST FOOD RESTAURANT.nak tau fast food mana?kena tunggu entry2 berikutnya..

jadi bagi yg dok area2 utara ni bolehlah cuba no..kalo x silap pakcik di Perlis ada 2 cawangan RCH dan RFC iaitu di Kangar dan Seriab.bagi tempat2 lain boleh la lawati lawan blog ni..



ok sampai bertemu lagi utk entry berikutnya.salam

Pakcik Dan Stadium Darul Aman 2011.....

Salam semua...
Maaf atas kelewatan update blog ni....haha..hari ni pakcik nak share tentang salah 1 minat pakcik iaitu bolasepak.

Pakcik x la pandai berbenor pasai bola ni,sepak berterabor,lari pun 30 km sejam je...hahaha,tapi pakcik dididik dan dibesarkan dalam famili yg meminati bola dari dulu lagi...bnyk ayh dan mak saudara baik belah ayah mahupun ibu yg minat dgn bola..seingat pakcik ketika pakcik darjah 3 dah start masuk stdium utk menyaksikan perlawanan bolasepak ni...antara yg pakcik pernah sampai adalah stdium kangar di perlis,stadium bandaraya dan stadium batu kawan di penang,stadium shah alam,stadium bukit jalil,stadium sultan muhammad 4 dan stadium larkin johor semua pakcik pernah sampai...tak lupa juga stdium mini uitm dan stadium mini kuala nerang.hahaha..

al kisah utk tahun 2011 ni dah banyak game pakcik tgok di stdium darulaman.jarak antara stadium dgn kediaman pakcik adalah sekitar 1 jam dengan motosikal,kalo dgn kereta dlm 40 minit saja...selalunya lepas solat maghrib di luar stdium pakcik masuk la dlm dengan berbekalkan 3 benda wajib bila tgok bola.


BURGER STANDARD STADIUM+COKE+KUACI


inilah santapan pakcik bila masa pun bila tgok bola...sebelum game lapik perut dengan buger daging belah dua,sayur secubit,sos 2 titik dan ketika game gerit koci pulak..fuh layan...hahahaha....


penonton pulak....
SUAM2 KUKU...


rasanya bilangan penonton paling ramai musim ni adalah ketika game Kedah vs Selangor dan Kedah vs Kelantan yg mencapai 10-12 ribu org..kalo game2 lain pun paling ramai dalam 5 ribu ja...kalo prestasi x elok maka adalah dlm 2 ribu org sahaja..inilah budaya penonton di malaysia ni,hanya sokong dan memenuhi stadium bila pasukan tu sentiasa menang dan kalo pasukan tu masuk pusingan kalah mati dalam piala FA mahupun Piala Malaysia..kalo x maka penonton2 ni berpaling kiblat utk menonton perlawanan bolasepak eropah ataupun menonton persembahan Nera dalam AF9..hehehe.kiki bah!!!


Kalo nak dibandingkan dengan 2 3 musim lepas,memang cukup berbeza bilangan penonton di stdium ni..masa kedah menjulang piala 3 piala dalam 2 musim berturut2 hampir setiap game dipenuhi penyokong...tambah2 kalo masuk separuh akhir piala,pukul 8 malam stdium dah x leh masuk...berdiri kena jadi 3 lapis sebab terlampau padat...waktu tu peniaga2 cenderamata kedah untung besar..termasuk la pakcik waktu tu yg menolong jual cenderamata seperti t shirt,sticker dll milik bapa saudara pakcik...tapi kini,mai stdium pkul 8 pun bleh dapat parking dlm kawasan stdium...peniaga2 cenderamata pun berkurang,balik dri stdium pun relax ja..x bersesak.


Pakcik jenis x boleh dok diam kalo x tengok bola.sesibuk mana pun pakcik akan cuba pastikan game2 home bagi kedah pakcik akan sampai.tapi kadang2 miss jugak la sebab urusan kerja dan tanggungjawab pada keluarga...tapi perkembangan bolasepak Kedah dan Malaysia pakcik x pernah tinggal...di sini leh la pakcik bagi kredit pada Ultras2 yg menyemarakkan stdium setiap kali game...walaupun prestasi pasukan turun naik ditambah dengan pendekatan urban yg dibawa dlm sokongan kurang mendapat sambutan,namun mereka tetap beri sokongan yg mampu...mcm pakcik ni susah la nak masuk dgn pendekatan baru ni sbb pakcik dah biasa dgn cara tradisi penyokong mai tgok bola,layan sambil gerit koci..tanpa perlu kutuk lebih2...


sekarang ni rasa best tgok bola sebab ada yg support pakcik,yg x halang minat pakcik ni...nak tahu siapa??nanti pakcik akan kupas dalam entry2 berikutnya....


akhir kalam.majulah sukan utk negara...saya pakcik zul melaporkan dari Stadium DarulAman utk Nadi Arena...


P:S ->Pulun Kedah Pulun


Baik2 Sayang...



Berhabuk Btoi Blog Ni.hahaha..cuci2 sket boleh no?

Salam Semua..
Maaf la blog ni berabok.bukan apa,sebelum ni ada makcik tolong cuci2 habuk..tpi semenjak menduda ni kena la buat kerja sorg2...apapun life must go on..

Pakcik pun agak ke'bizi'an dgn kerja2 yg melambak...kadang2 makan pun miss time...mcm hari ni pkul 3 ptg baru lunch.Turun kedai bawah nasi pun dah x berlauk maka pakcik pun ambik keputusan utk tapau mee goreng je dgn teh o ais limau.yg speselnya boleh minta nak letak apa dlm mee goreng tu,al maklumlah hari2 makan di gerai dia je..so hari ni suruh dia buat mee goreng dgn sotong dan ayam goreng,so jadi mcm mee mamak sket la...

Ginilah rupanya mee goreng pakcik tdi...haha

my favourite drink ever: teh o ais limau

Mee Goreng+Teh O Ais Limau = RM 4.50

dalam 15 minit berjaya dihabiskan makanan ni sambil2 melayan crita KR yg didownload pagi tdi...

sekarang masa utk sambung kerja.nanti pakcik update lagi ya...see ya.