Food Journey Ep 1: Radix Chicken House

Salam Semua...

Bertemu lagi setelah seminggu x update..haha..kali ni pakcik nak crita pasal makan sebab tgh berada dlm mood kekenyangan ni...al maklumlah,baru lepas lunch...

selalunya kalo nak makan pakcik x memilih sgt gerai atau restoran mana,asalkn makanan tu dpt mengenyangkan pakcik cukuplah...dan biasala sometimes selera kita berubah dari makanan tradisi org melayu ke makanan barat ataupun yg fast food....jadi entry kali ni pakcik nak crita salah 1 fast food yg selalu pakcik kunjungi semasa kerja di Perlis dulu...iaitu RADIX CHICKEN HOUSE( RCH )

RCH ni adalah anak syarikat HPA yg terkenal dgn produk kopi premix RADIX yg menjadi kemestian bagi pengunjung2 gerai makan.berpusat di perlis,HPA marketing ni ada bukak beberapa cawangan fast food seperti RCH dan RFC(RADIX FRIED CHICKEN)..kalo x silap pakcik cawangan RFC dan RCH ni ada kot dlm 20-30 di seluruh negara.keistimewaan RCH dan RFC ni adalah ayam organik yg digunakan dalam penyediaan menu ayam mereka...di RFC kebanyakan menunya adalah sama seperti di KFC iaitu set ayam goreng+coleslaw+whip potato dll.manakala di RCH pula menampilkan menu2 seperti Ayam Golek dan Ayam Panggang,Sate Ayam,Nasi Ayam serta chicken chop selain menu ayam goreng....

pakcik kalo dtg ke RCH ni pakcik akan order set ayam panggang ataupun set Chicken Chop yg boleh dikategorikan sedap..

SET CHICKEN CHOP RCH+MANGO JUICE RADIX=RM 9.90
RADIX MANGO JUICE

rasanya portion chicken chop tu adalah standard size mcm di tempat2 lain yg sediakan menu ni..cuma yg agak best adalah black pepper sauce yg betul2 memenuhi citarasa pakcik yg sukakan pedas.mmg terbaik la..lagipun sos keluaran HPA ni pun kiranya boleh tahan setaraf dgn sos2 lain yg famous di rak2 supermarket.

SOS2 KELUARAN HPA.

haha..kalo nak compare dari segi ayam goreng pula rasanya masih kureng sket berbanding brand international lain mcm KFC,McD atau Marry Brown.tapi bagi pakcik ayam KFC pun x cukup kick utk kalahkan my top list on FRIED CHICKEN IN FAST FOOD RESTAURANT.nak tau fast food mana?kena tunggu entry2 berikutnya..

jadi bagi yg dok area2 utara ni bolehlah cuba no..kalo x silap pakcik di Perlis ada 2 cawangan RCH dan RFC iaitu di Kangar dan Seriab.bagi tempat2 lain boleh la lawati lawan blog ni..



ok sampai bertemu lagi utk entry berikutnya.salam

0 comments: