Entry Lap Habuk 1 : Disember Bulan Kegemilangan Bola Sepak Malaysia(UPDATED)







Salam...
Maka bermulalah entry mencuci habuk dan sawang di blog ni sepanjang Disember lalu....
entry ni mybe berkait dgn lagu Linkin Park dlm 1st album kalo x silap...MY DECEMBER...
disember 2010 membawa satu makna yg besar wat segelintir peminat2 tegar pasukan bolasepak kebangsaan apabila kita berjaya memenangi Piala AFF Suzuki.....

Pakcik sendiri x menyangka 'depleted squad' yg dirundung masalah kecederaan hampi 10 pemain2 utama pilihan coach Rajagopal dpt memenangi Piala AFF ni..pelan jangka panjang coach Raja dapat direalisasikan lebih awal...

Dengan kekalahan di perlawanan pertama,tewas besar 5-1 kepada pasukan serantau Indonesia seolah2 memberi petanda bahawa pasukan Malaysia bakal pulang awal...namun kejayaan kita mengikat Thailand utk seri dan menang ke atas Laos 5-1 melayakkan Malaysia utk mara ke separuh akhir menentang Vietnam.

Vietnam seperti mana yg diketahui juara Piala AFF edisi lalu tampil dengan hasrat mematikan langkah Malaysia di separuh akhir pertama di Bukit Jalil...tapi lebih 70k penyokong di stadium dan jutaan lagi yg menonton di TV bersorak riang apabila Malaysia menewaskan Vietnam 2-0 jaringan Safee Sali dan dibantu oleh kesilapan penjaga gol vietnam yg pakcik tgok muka mcm baru bangkit tido trus jaga pintu gol...hahaha..

Di separuh akhir kedua Malaysia di asak dari minit awal sehingga ke penamat namun hasil usaha keras sepasukan terutamanya back four dan goalie telah membawa Malaysia masuk ke pusingan akhir menentang sekali lagi Indonesia......

Menentang Indonesia di peringkat akhir telah mencetus perang siber dan macam2 lagi antara penyokong dan media kedua2 pihak...tapi bagi pakcik biasa la tu asam garam dunia  bolasepak ni....akhirnya kita berjaya menewaskan Indonesia 3-1 di Bukit Jalil dan tewas 2-1 di Gelora Bung Karno.namun kita berjaya dengan agregat 4-2 sekaligus mengangkat Malaysia sebagai juara baru Piala AFF setelah 14 tahun mencuba...


Ok dah celoteh panjang ttg review perjalanan skuad Malaysia kali ni dlm Piala AFF...Sekarang Pakcik nak review pulak ttg kesemua wira2 Malaysia yg berjuang di dalam pertandingan tersebut...


22.Khairul Fahmi Che Mat

Salah 1 watak penting bagi pasukan Malaysia sepanjang kejohanan ni berlangsung...Mula turun menggantikan Sharbinee Allawee Ramli pada pertemuan menentang Thailand,dia menunjukkan prestasi cemerlang di gawang bagi mengelakkan pihak lawan menghasilkan jaringan..hanya melepaskan 3 gol sepanjang kejohanan..kelebihan yg ada pada beliau adalah positioning dan keyakinan dalam mengekang asakan lawan.Bakal menjadi sandaran skuad kebangsaan dan bawah 23 utk kejohanan2 yg akan datang...

Rating Pakcik:4/5


28. Mohd Sharbinee Allawee Ramli

Pemain pasukan Terengganu ni hanya diturunkan dalam perlawanan pertama saja ketika Malaysia tewas 5-1 kepada Indonesia.beliau sebenarnya baru pulih dari kecederaan pada perlawanan itu dan ini mungkin sedikit sebanyak menjejaskan persembahan beliau ketika menentang Indonesia....zaman kecemerlangan beliau adalah ketika Sukan Sea 2009 di mana beliau memainkan peranan besar utk Malaysia merangkul pingat emas Sukan Sea...mempunyai refleks yg bagus utk menepis bola2 yg 'sure goal'..perlu bersaing utk mendapat kembali kesebelasan utama Malaysia dengan adanya goalie yg lain seperti Khairul Fahmi dan Farizal Marlias

Rating Pakcik: 2.5/5


24. Mohamad Muslim Ahmad

Pemain Harimau Muda A ni bagi pakcik adalah tunjang skuad Malaysia pada kejohanan ni...walaupun melakukan beberapa kesilapan pada perlawanan pertama,tetapi beliau meningkat dari 1 game ke satu game....Muslim bakal menjadi salah seorang pemain pertahanan yg bakal disegani suatu hari nnti...

Rating Pakcik: 4.5/5



27. MOHAMAD FADHLI SHAS


Fadhli Shas adalah player paling muda dalam skuad Piala AFF tahun ni...dengan usia bakal menjangkau 20 tahun,beliau telah menunjukkan kombinasi yg baik dgn Muslim Ahmad sebagai rakan gandingan di bek tengah. Mempunyai 'reading game movement ' yg baik, Fadhli Shas menjadi guide di bahagian defend ketika menerima asakan pihak lawan... Pakcik rasa satu masa nanti beliau akan jadi lebih matang dan boleh menjadi pertahanan yg baik.


Rating Pakcik : 3.5/5




18. Mahali Jasuli


Seorang lagi pemain skuad Harimau Muda A yg bermain di posisi pertahanan kanan...mula disenaraikan dalam skuad utama apabila beraksi di sukan asia Guangzhou sebelum menjadi regular player ketika di Piala AFF....kelebihan fizikal yg baik digunakan sepenuhnya coach Raja utk bertindak di bahagian pertahanan tengah...walaupun masih cetek pengalaman,namun keazaman  dan kemahuan utk lebih maju dapat meningkatkan lagi prestasi beliau di masa hadapan...


Rating Pakcik : 3.5/5




4. Mohd Asrarudin Putra Omar


Bermain di posisi bek kiri dan salah seorang player senior dalam skuad Piala AFF Malaysia,pemain Selangor ini dianggap sebagai lubuk pada perlawanan awal menentang Indonesia dengan beberapa kesalahan individu yg menyebabkan Malaysia tewas 5-1...namun beliau mula memperbaiki kesilapan2 yg dilakukan pada 1st game dan selepas itu mula menunjukkan prestasi yg semakin baik....walaupun kurang dari segi individual skill,namun teamwork beliau bolehlah diberi pujian...


Rating : 3/5




12. Amar Rohidan


Bekas pemain Perlis yang bakal menyarung jersi Kedah pada musim 2011 ni mula mendapat tempat dalam skuad utama pada Sukan Asia...beliau yg beraksi di posisi defensive midfielder bolehlah dianggap sebagai 'unsung hero' bagi skuad Malaysia...menjadi ' 1st layer' utk dilepasi sebelum menembusi 'back 4' Malaysia,Amar menjalankan tugasnya dengan baik utk menahan asakan pemain lawan dengan 'work rate' yang tinggi di samping mengedar bola ke bahagian sayap utk menjana serangan...cuma Amar perlu perbaiki kemahiran dalam situasi 'second ball' ketika 'set pieces' utk memberi peluang pada pasukan menambah jaringan


Rating Pakcik : 4/5


8. Safiq Rahim


Pemain tengah selangor ini menjadi salah seorang pemain yg beraksi pada setiap perlawanan(rasa2 pakcik dia main full time pada semua game,perbetulkan kalo silap ye).Bertindak sebagai playmaker, Safiq dilihat mampu menjadi penjana serangan yg baik dengan keharian individu yg dimiliki...namun Safiq perlu memantapkan basic football seperti passing dll utk menjadi lebih baik selepas ni...


Rating Pakcik : 4.5/5



0 comments: