REVIEW SEMUSIM PASUKAN KEDAH.Part 2:Penilaian Player

Salam semua.


hari ni pakcik akan cuba beri pandangan peribadi pakcik tentang prestasi dan sumbangan setiap player yg beraksi utk pasukan kedah musim ni.termasuk player pinjaman utk Piala Malaysia..pakcik akan ulas department by department.tetapi apa yg pakcik nilai ni hanya dari pandangan pakcik saja.kalo ada yg tak puas hati atau merasakan ianya tak relevan pakcik minta maaf awai2 no.pakcik bukan jurulatih.pakcik cuma sayangkan bolasepak Kedah saja..


rating yg pakcik akan bagi adalah dari skala 1 hingga 5.


1.Tidak Memuaskan Langsung
2.Kurang Memuaskan
3.Sederhana
4.Baik
5.Cemerlang


PENJAGA GOL.


JERSI 1:Helmi Eliza Elias
RATING:3
Helmi@Mie Yeh dah jadi 1st choice GK sejak zaman coach Azraai lagi.prestasinya memuncak ketika season 2007dan 2008 namun selepas itu persembahannya mula menurun dan dilihat sukar utk kembali ke prestasi yg asal.utk musim 2011 ni,prestasinya dilihat turun naik dalam sesetengah game..dan dilihat dia kadang kala kurang yakin dalam agakan bola menyebabkan gol2 yg mudah dapat terhasil.Di pertengahan musim Mie Yeh mengalami masalah kecederaan di lengan yg membuatkan dia terpaksa berehat panjang.Mungkin atas sebab itu,prestasinya sedikit menurun.namun beliau masih relevan utk pasukan musim depan.


JERSI 25: ABDUL HADI HAMID
RATING: 4
Sebagai 2nd choice goalkeeper di belakang Helmi,pakcik lihat Hadi lebih banyak meningkat berbanding 2-3 tahun lepas.Sebelum ni Hadi kurang yakin dan kerap lepaskan gol2 mudah,namun pada 2011 ni beliau dah nampak lebih yakin.malah dia dapat beraksi dengan baik semasa Helmi disishkan akibat kecederaan.Pakcik harap beliau lebih diberi peluang utk beraksi tahun depan kerana beliau adalah antara bekas goalkeeper utama skuad remaja kebangsaan di usia mudanya.

JERSI 22:AL-HAFIZ HAMZAH
RATING:2

Al-Hafiz dilihat kurang mendapat tempat utk merebut posisi penjaga gol utama bagi pasukan Kedah. Walaupun dia mempunyai susuk tubuh yg sesuai utk menjadi seorang penjaga gol yang baik,namun dia tak konsisten dan kerap mengalami kecederaan.Pakcik melihat dia perlu mencari angin baru utk mencabar dirinya supaya menjadi lebih baik dan x berada dalam zon selesa.


PERTAHANAN

JERSI 2:FAUZI NAN
Rating : 4

Fauzi@GNan berjaya menampilkan aspek leadership yg penting pada pasukan sepanjang musim ni..Jika dilihat musim lepas Kedah tiada seorang leader yg betul2 berpengaruh di tengah padang selepas kecederaan jangka panjang A.Victor.Jadi kemasukan GNan musim ni sedikit sebanyak dapat menampung kekosongan itu.banyak bertindak sebagai "lastman" dalam barisan pertahanan,GNan menggunakan pengalamannya untuk mengekang asakan2 lawan.Namun pakcik akui dalam saingan Piala Malaysia prestasi beliau agak menurun sehingga menyebabkan Kedah dibolosi banyak gol.Dengan leadership yg dia ada pakcik dapat rasakan beliau akan kekal semusim lagi dengan pasukan,dek kerana usianya yang telah mencecah 31 tahun.Namun dia masih relevan utk pasukan dan jarang mengalami kecederaan serius.

JERSI 3:SHAHRIL FAIZAL
Rating :3


Shahril aka Boy pada mulanya agak terumbang ambing dengan pasukan pada musim lepas.Tetapi menjelang akhir musim lepas belaiu beraksi cemerlang terutamanya pada saingan separuh akhir Piala Malaysia menentang Kelantan. Pada musim ini pula beliau jarang diturunkan di awal musim,namun selepas pertukaran jurulatih dan formasi permainan,Boy mula mendapat tempat sebagai salah seorang dari 2 center back yg berada di hadapan GNan dalam formasi 3-4-3.tetapi akibat masalah kecederaan dan penurunan prestasi,beliau jarang diturunkan dalam Piala Malaysia musim ni.Boy adalah salah seorang yg dijangka tiada dalam perancangan Kedah utk musim 2012.


Jersi 6:SHAFIZAN HASHIM
Rating :4


Shafizan aka Pelam antara muka lama dalam skuad Kedah.Pada awal musim beliau kerap bertukar ganti dengan Azmi Muslim di bahagian pertahanan kiri,namun di pertengahan musim beliau lebih banyak diletakkan sebagai pertahanan tengah dan kadang2 boleh beraksi di midfield kiri.Salah seorang yang robust dalam permainannya,sama seperti Shahril Faizal.jadi mereka adalah antara gandingan terbaik dalam membentuk 3 centre back dengan GNan.Biarpun prestasinya memuaskan,Pelam harus lebih mengawal emosi dan mengelakkan dari dikenakan kad kuning atau merah dalam perlawanan.Pakcik yakin beliau masih relevan dengan pasukan utk musim hadapan.


JERSI 13:KHAIRUL HELMI JOHARI
Rating :4


Khairul pada asalnya bukanlah seorang pertahanan,sebaliknya adalah pemain sayap.Namun beliau dilatih utk mengisi posisi pertahanan dan dapat melaksanakan tugasnya dengan baik.Kelebihan beliau adalah clearance bola tinggi dan dapat menjaringkan gol melalui set piece sepakan penjuru.Dengan usia 24 tahun,masih banyak potensi yg boleh dicungkil darinya utk menjadi lebih baik di masa hadapan.


JERSI 21:SABREE MAD ABU
Rating:3


Salah seorang utility player dalam skuad Kedah.mampu bermain di mana2 bahagian di posisi di bahagian defend mahupun midfield. Prestasi beliau dilihat sedikit menurun disebabkan kecederaan di awal musim. Sabree sememangnya mempunyai workrate yg agak baik,namun lack of vision utk menjana serangan menampakkan sedikit kelemahan pada dirinya.Sabree perlu memperbaiki skillnya supaya menjadi lebih baik disamping perlu menurunkan berat badannya supaya lebih berdaya saing utk merencana serangan dan bertahan.beliau antara player yg pakcik rasa patut dikekalkan walaupun sudah ada desas desus bahawa belaiu akan berhijrah.


JERSI 16:FAZLIATA TAIB
Rating:3


Fazliata aka Ustad hanya dapat diturunkan pada penghujung saingan liga serta pusingan awal P.Malaysia dek kerana kecederaan jangka panjang yg dialaminya musim lepas.Namun sumbangannya x dapat dinafikan dengan kehadirannya dalam pasukan menambah variasi gandingan pertahanan.Mampu beraksi di setiap penjuru pertahanan adalah salah satu asetnya.Dengan usia yg akan menjangkau 26-27 tahun dengan kemungkinan Ustad akan menjadi lebih baik prestasinya,sememangnya beliau perlu dikekalkan utk musim depan.



JERSI 17:V THIRUMURUGAN
Rating:4


Thiru antara natural right back yg mempamerkan aksi yang baik sepanjang season ni.Walaupun dihimpit masalah kecederaan,namun aksinya sentiasa konsisten ketika diturunkan.Thiru juga mampu beraksi dlm posisi wingback dalam membantu serangan dengan larian overlap serta hantaran lintang yang baik.Sememangnya Thiru perlu dikekalkan musim depan namun segalanya mungkin berubah jika beliau berhasrat utk beralih angin.Jika itu terjadi maka Kedah perlu mencari pengganti yang sesuai utk mengisi posisi ini.


JERSI 9:AZMI MUSLIM
Rating:3.5


Azmi muslim merupakan salah seorang tonggak utama bagi pasukan Kedah sepanjang 2 musim ni..Kemampuan beliau utk memintas bola selain mempunyai saiz yg baik membuatkan posisi bek kiri atau wing back kiri sentiasa menjadi miliknya.Namun di penghujung musim aksinya dilihat agak menurun dan sering mengisi bangku simpanan.Walaupun kudratnya masih boleh digunapakai Kedah musim depan,namun beliau telah membuat keputusan utk berhijrah musim depan.




PEMAIN TENGAH

JERSI 11:AHMAD FAUZI SHAARI
Rating:3.5

Prestasi Fauzi @ Paklong dilihat agak sederhana pada musim ni,mybe beliau bergelut utk mencapai prestasi terbaik akibat berehat panjang musim lepas.Antara player senior Kedah sejak tahun 2004 lagi,Paklong antara midfielder terbaik Kedah.Seorang player yang mempunyai workrate yang tinggi.Sayangnya Paklong telah membuat keputusan utk meninggalkan Kedah musim depan.Namun segala jasa2 beliau tetap akan dikenang.

JERSI 8:AMAR ROHIDAN
Rating:4

Antara pembelian terbaik Kedah musim 2011.Amar sememangnya seorang defensive midfielder yang baik.Namun beliau tiada partner yang betul2 berkesan dengannya lalu memaksa beliau menjalankan tugas bertahan dan menyerang dengan begitu terhad..sekiranya beliau mempunyai partner yang setanding,tugasnya akan lebih ringan dan akan dapat tumpukan pada defensive role.Prestasinya juga sedikit menurun pada aksi P.Malaysia.Namun pakcik rasakan beliau patut kekal dengan Kedah utk musim depan.

JERSI 20:MOHD ARFAN RASHID
Rating:2

Arfan antara pemain muda Kedah,namun jarang diturunkan musim ni.mungkin persaingan utk mengisi posisi yang agak crucial bagi setiap pasukan.mempunyai teknik2 yang baik namun perlu lebih diberi peluang dan perlu meningkatkan prestasinya utk jadi lebih baik.


PENYERANG

JERSI 12:AHMAD SHAKIR ALI
Rating:2.5

Dahulunya Shakir adalah salah satu prospek striker masa depan Kedah dan pasukan kebangsaan.Namun entah di mana silapnya prestasi beliau jatuh merudum agak teruk musim ni.Beliau mempunyai tendangan yang baik namun aspek2 lain seperti passing,dribbling dan positioning agak kurang. Jelas sekali Shakir perlu kembali meningkatkan prestasi beliau supaya beliau mampu kembali menggegar musim hadapan.Desas desus telah kedengaran yang beliau digugurkan Kedah musim depan.Namun pakcik yakin Coach Azraai sedang mengintai Shakir utk bersamanya kembali musim hadapan utk bersama dalam team N9 musim depan.Pakcik mendoakan yang terbaik buat Shakir musim depan bersama pasukan baru.


JERSI 24:WAN MOHD ASYRAF
Rating:2.5

Wan Ashraf banyak mengisi posisi sayap kanan dalam penampilanya bersama pasukan Kedah,namun saiznya yang agak kecil menjadi penghalang utk beliau menjadi pemain yang baik.Kadangkala kesungguhan saja tidak cukup utk membuat player menjadi lebih baik tetapi beliau perlu meningkatkan prestasi beliau di masa2 akan datang.Usianya masih muda utk memperbaiki corak permainannya.


JERSI 19:FAIZAL ABU BAKAR
Rating:3.5

Faizal tidak banyak beraksi dengan pasukan musim ini akibat komitmen bersama skuad olimpik kebangsaan.Beliau juga antara prospek yg baik bagi pasukan kedah di masa depan.Mampu beraksi di posisi sayap dan penyerang,Faizal perlu memperbaiki control ball supaya bola x mudah hilang bila berada di kakinya.selain itu finishing beliau perlu lebih tepat.Pakcik menaruh keyakinan beliau menjadi lebih baik musim depan.


JERSI 14:AZLAN ISMAIL
Rating:3

Azlan merupakan striker yang baik,namun masalah kecederaan yang berpanjangan sepanjang musim lepas dan musim ni membataskan aksinya.Dengan kemungkinan Kedah x akan sambung kontraknya musim depan,Azlan dilihat akan kembali ke pasukan asalnya.


JERSI 23:FIRDAUS FAUZI
Rating:3

Firdaus kembali ke Kedah setelah berkelana di Terengganu musim lepas.Namun aksinya musim ini agak sederhana.beliau jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama Kedah musim ni.Naluri pemusnah dalam diri beliau agak kurang adalah antara punca beliau sering memanaskan bangku simpanan.Beliau juga antara salah seorang yang bakal disingkirkan Kedah musim depan.

JERSI 7:BADDROL BAKHTIAR
Rating:4.5


Bagi pakcik Bad adalah player of the season utk pasukan Kedah.Nyata Bad semakin matang dan menjadi nadi pada pasukan Kedah pada 2 3 musim kebelakangan ni.Pada musim ini tugasnya lebih berat dgn perlu merencanakan serangan dan menghasilkan peluang2 gol utk Kedah.Musim 2011 ni Badd banya diletakkan sebagai backup striker dan kadangkala bertukar posisi sama ada di right foward mahupun left foward.Badd lebih bertindak sbg "free man role" dgn sentiasa berlegar2 di attacking third Kedah sambil turun membantu bahagian midfield.Pakcik harap Badd dapat kekalkan prestasinya utk musim depan.


JERSI 18:KHYRILL MUHYMEEN ZAMBRI
Rating:4.5


Musim 2011 adalah satu permulaan baru buat Khyrill.Musim lepas dia berehat panjang akibat kecederaan,namun musim ni beliau perlahan2 bangkit utk kembali ke prestasi asalnya.Khyrill lebih diletakkan sebagai target man di bahagian serangan Kedah.Namun kudrat beliau seorang tidak cukup utk merencana banyak jaringan buat Kedah.Ketiadaan partner yg berkesan dengannya membuatkan tugas menjaringkan gol banyak diletakkan atas bahu Khyrill.ditambah pula dengan kecederaan berpanjangan Azlan serta prestasi Shakir yg turun naik menyukarkan lagi keaddan.Namun gandingan Khyrill& Baddrol nyata masih mempunyai bisa kerana kedua2 pemain nampak serasi dan saling faham antara satu dengan yg lain.Dan prestasi Khyrill dilihat memuncak dengan menjaringkan 6 gol dalam saingan Piala Malaysia peringkat kumpulan,4 daripadanya dari tandukan,satu peningkatan buat dirinya yg sebelum ni lebih digeruni kerana kelincahannya menggelecek bola dan larian2 pantas.Pakcik harapkan Khyrill dapat kembali ke prestasi terbaiknya musim hadapan di samping lebih menajamkan skill tandukkannya.




PEMAIN PINJAMAN PIALA MALAYSIA

Kedah telah meminjam 2 pemain utk saingan piala Malaysia iaitu Azmizi Azmi dari Perlis serta Basharul Abu Bakar dari Harimau Muda A.Namun hanya Azmizi yang diturunkan dalam perlawanan2 tersebut.

JERSI 35:AZMIZI AZMI
Rating:4

Bekas ketua pasukan Perlis tahun 2011,Azmizi @ Tibo telah menujukkan kematangan dalam permainan beliau sejak kali pertama didedahkan dengan aksi kompetitif liga Super sejak 2005 lagi.Beliau mempunyai susuk tubuh yg baik sebagai seorang pemain.Tangkas dalam bertahan dan mampu menjadi utility player dengan beraksi di pelbagai posisi.Kemasukannya sebagai pemain pinjaman dalam pasukan Kedah telah memberi dimensi baru dalam pertahanan Kedah.cuma beliau perlu mengurangkan membuat kesalahan yg menjejaskan pertahanan.Bagi pakcik beliau perlu diberi peluang utk bersama pasukan Kedah musim depan.


PEMAIN2 SKUAD PIALA PRESIDEN

Kedah juga banyak menggunakan khidmat pemain piala presiden utk mengharungi saingan Liga Super musim ni.Namun pakcik lihat kualiti mereka agak menurun,tidak seperti batch2 sebelum ni seperti Khyrill,Baddrol,Faizal dan Fadly Baharom.cuma ada 1-2 nama yg pakcik rasa berpotensi utk jadi lebih baik jikalau mereka lebih bersungguh2 ketika latihan dan perlawanan sebenar.Antaranya ialah Fiqry Isa dan Hattapon Bun An.Pakcik harap batch2 selepas ini dapat menghasilkan set of young players yg berkualiti utk kita suntik masuk ke 1st team squad.


Sekian utk waktu ni,nanti pakcik akan sambung lagi dengan review di hari pemilihan pemain tempatan dan import g dijadualkan dari 15-17 November ni.