REVIEW SEMUSIM PASUKAN KEDAH.Part 1:Sekilas Pandang.

Salam semua pakcik ucapkan..

Setelah hampir 10 bulan musim Liga Malaysia 2011 dijalankan,Kedah telah mengakhiri saingan di peringkat Kumpulan dalam saingan Piala Malaysia 2011 selepas menduduki tangga ketiga kumpulan A.Sementara dalam Liga Super,Kedah berada di kedudukan ke empat dari 14 pasukan bertanding manakala dalam saingan Piala FA,Kedah sekadar sampai di pusingan kedua sahaja...




jadual kat atas ni pakcik ambik di website FAM.dari 26 perlawanan,kedah menang 13,seri 6 dan kalah 7.jaringan yg dihasilkan 25,manakala bolos pula sebanyak 20 gol.


dalam saingan Piala FA pula,kedah yg mendapat bye pada pusingan pertama telah bertemu Felda United pada pusingan kedua.namun sayangnya Kedah tewas tipis pada perlawanan itu 1-0 seterusnya membuatkan Kedah tersingkir awal.


Manakala dalam saingan Piala Malaysia ,Kedah sebagai pasukan pilihan dalam Kumpulan A terpaksa berpuas hati di tangga ketiga kumpula di belakang Perak selaku juara dan Sabah selaku naib juara.berikut di bawah ni pakcik letak standing terakhir Kump. A selepas 6 game.




RUMUSAN PAKCIK: pada pandangan pakcik musim ni prestasi pasukan Kedah agak sederhana saja.Kita tersingkir awal dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia manakala kedudukan top 5 dalam Liga Super. Persiapan pra musim Kedah agak perlahan dengan hanya menambah 3 pemain baru di samping menggugurkan lebih 7-8 pemain skuad tahun lepas. Ini menimbulkan ketidakseimbangan dalam pasukan dengan hanya ada 19 orang pemain utama yg didaftarkan berbanding 25 yg dibenarkan.slot yg lebih itu diisi oleh muka2 baru dari skuad Piala Presiden yg masih belum cukup sedia utk turun dalam kesebelasan utama.

KELEBIHAN pasukan kedah adalah terletak di bahagian PERTAHANAN dengan hanya melepaskan 20 gol dalam 26 perlawanan Liga Super.Namun ianya menjadi sebaliknya dalam saingan Piala Malaysia dengan melepaskan 8 gol dalam 6 perlawanan peringkat kumpulan.Selain itu barisan SERANGAN juga boleh diberikan pujian kerana walaupun hanya menjaringkan 25 gol sepanjang Liga Super,namun keupayaan pasukan utk mempertahankan defist gol yang kecil itu memastikan kemenangan tetap berpihak kepada Kedah. Inilah pentingnya kerjasama sepasukan antara setiap bahagian utk saling tolong menolong bagi memastikan kejayaan pasukan.

KELEMAHAN ketara pasukan Kedah sepanjang 2 3 musim ini adalah ketiadaan perancang tengah atau 'maestro' yg betul2 berkaliber utk merencanakan serangan dengan lebih efisien.Kedah  hanya memiliki 2 pemain yg betul2 tepat utk beraksi di posisi CM(Centre Midfield) iaitu Amar Rohidan dan Fauzi Shaari.Tetapi Amar lebih berorientasikan sebagai Defensive Midfield manakala Fauzi Shaari pula masih bergelut mencari prestasi terbaik selepas dibelenggu kecederaan panjang musim lalu. Selain itu Kedah banyak bergantung harap kepada Baddrol Bakhtiar utk menggerakkan setiap serangan Kedah.Kedah dikira bernasib baik kerana sepanjang musim ini berlangsung,Baddrol jarang mengalami kecederaan.Jikalau tidak pasti keadaan menjadi lebih sukar.

Okay.pakcik rasa cukup sekadar ini dahulu sebagai permulaan entry utk REVIEW KEDAH 2011 ini.pada entry akan datang pakcik akan menumpukan pada setiap pemain2 dalam pasukan utk penilaian secara individu. Apa yg pakcik sampaikan dalam ni adalah pandangan peribadi pakcik semata2.sekian,salam.

KREDIT KEPADA:FB BOLASEPAK MALAYSIA dan FAM

Entry Selepas Sebulan Raya...

Salam semua...
Huhui,lambat bebenor pakcik update entry baru..selepas hampir 2 bulan dah habis raya bau pakcik sempat update..hehe.sorry sorry..

Diam x diam dah sebulan Syawal berlalu,kemeriahan Syawal berterusan sampai hari last dengan pelbagai jemputan rumah terbuka..stok2 kuih raya masih ada di dapoq,gamak kata lapaq lemang pakcik pi beli kat tepi2 jalan dkat jabi,sebab masih ada lagi jualan lemang..

Bagi pakcik raya tahun ni pakcik sambut dengan sederhana.yalah usia makin meningkat.kalo nak raya dgn bakal makcik rasanya 2 3 tahun lagi la kot..hehehe..InsyaAllah.

Aktiviti raya pakcik pulak mcm biasa,raya pertama beraya di rumah keluarga sebelah mak kat Kedah ni..rumah tok pun sebelah rumah pakcik saja,tak jauh mana pun..masuk raya kedua pakcik dan keluarga berhimpun ramai2 di rumah keluarga sebelah abah di Perlis pulak...puaih berhari raya di Perlis seharian maka raya ketiga pakcik rehat2 di rumah sebab masuk raya keempat,kerja2 dah mula menunggu..hehehe.

Big Family dari Perlis

Preparation utk hari Raya,KETUPAT PALAS

Selepas 4 tahun baju yg sama,tahun ni baru pakcik tukaq baju raya..hehe

apa2pun nantikan entry pakcik lepas ni ttg REVIEW SEMUSIM PASUKAN BOLASEPAK KEDAH...salam.